Sunday, March 30, 2008

mutiara kata 2

Dalam menghadapi hari-hari mendatang,kadangkala manusia itu di uji dengan 1001 ujian yang menuntut kecekalan dan ketabahan hati.Ujian,dugaan yg penuh kepahitan sudah tentu cukup untuk membuatkan kita patah semangat,hilang keyakinan diri,mudah berputus asa,terkeliru dari tujuan asal dan amat memeritkan hati , perasaan dan sebagainya, Oleh itu,seringkali anda memerlukan satu dorongan dan ketetapan yg mantap utk membawa kekuatan menempuh hari misteri "ESOK"maka kekuatan itu dikenali sebagai "IMAN" Iman harus bermula dari hati, dilafazkan dengan lidah dan dibuktikan dengan anggota badan. kekuatan dan keteguhan iman yang mengkristal di hati akan memancarkan keberanian proklamasi melalui lidah sebagaimana yang dicontohi..insyaallah...


Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz

No comments: